Followers

Wednesday, May 18, 2011

Aku Glamour Jap

hi....erm tetiba jer entry glamour yang aku nak buat...yelah...aku dijemput untuk menyertai program apa kata wanita....kat tv 1 tu..wah best tu....

program apa kata wanita tu bersiaran di TV1 Setiap hari sabtu jam 12.00 tengahari...masa aku pergi tu, tajuk perbincangan Sempena dengan Hari Ibu yang akan di sambut pada 8 Mei setiap tahun..pengacara tu tak asing lagi, Zamzarina...Rasa teruja dan happy sangat. Masa tu kita orang pergi naik van ofis...yelah ramai,kang bawa kereta sesat pulak...KL ni terkenal dengan jalan jem,kalau tak tahu jalan tu,confirm la...

kitaorang sampai kat angkasapuri kul 11 pagi, sampai jer kat situ,kita orang di jamu dengan nasi beriani..wah masa tu memang tengah lapar,apa lagi...makan la tapi takderlah sampai kenyang, sekadar alas perut yang kosong..sebenarnya malu-malu yelah kat dalam dewan makan tu, orang yang berpangkat2 jer,yang ada nama..so kita kena lah jaga attitude masing2 and nama ofis,nanti kang buat malu jer..

perut pun dah kenyang,kitaorang pun masuk lah studio...perrghhh set pengambaran tu sangat cantik dengan adanya wallpaper gambar2 bunga2an....pas tu kita orang di dendangkan dengan persembahan oleh adik2 OKU dari PDK semenyih...walaupun OKU tapi mempunyai bakat dalam bidang nyanyian...rasa kagum lah jugak,walaupun mempunyai kekurangan diri,tapi masih mempunyai kelebihan..itulah kuasa Tuhan....

sejam bersiaran, pas tu kita orang tak melepaskan peluang untuk snap2 gambar..biasalah kalau dah hantu kamera tu, kat mana2 pun asyik nak bergambar jer...tapi nak upload belum lagi...asyik hang jer...letih nak tunggu. Masa nak balik tu, kita orang dapat goodybag dari RTM untuk dibawa balik sebagai kenang2an.

Okaylah, jumpa lagi di lain entry....

No comments:

Post a Comment