Followers

Thursday, August 25, 2011

raya bakal menjelma

tak lama lagi...umat islam nak sambut hari raya aidilfitri.....

mesti meriah nyer kan...yelah...kat ofis pun dah macam2 lagu kedengaran....suasana dengan mood raya pun dah wujud kat ofis....erm.....kat ofis ni pun dah sibuk dengan kuih raya, ketupat warna warni..lampu kelip2....meriah sangat...pada semua yang kenal..jemput datang kat umah....

so pada blogger2 ....selamat hari raya aidilfitri ....maaf zahir dan batin................

Sunday, August 7, 2011

birthday gurl.....

Hari ni birthday aku yang ke 27 tahun...maka dah semakin dewasa dan matang dalam melalui liku-liku kehidupan. walaupun tahun ni aku menyambutnya tanpa ibu tersayang di sisi..aku redha...sempena bulan ramadhan yang mulia ni...aku berdoa agar tahun ni memberi kan aku semangat untuk menempuh hari hari yang mendatang... biasanya ibu yang akan sediakan kek, jamuan...tapi tahun ni....semua nya kenangan...hanya memori yang terindah tersemat di dalam hati.....
semoga ibu ditempatkan dikalangan orang yang beriman....amin....

tahun ni..birthday aku dalam bulan puasa..bulan yang penuh dengan keberkatan...semoga aku juga mendapat keberkatan dalam segala hal yang aku buat dan di redhai....aku nyer impian...mestilah nak hidup bahagia dengan orang disekeliling, takda musuh, tak nak ada dendam...

amin....wish me the best...


Monday, August 1, 2011

bulan mulia kembali lagi

selamat menyambut bulan ramadan al-mubarak....sekejap jer dah ramadan..terasa baru jer kita menyambut nya..dah datang lagi ramadan....adakah ini dikatakan petanda2 nak kiamat....semoga ramadan ini memberi seribu makna..membantu kita menambahkan ilmu..amal....dan ibadat...sebab masa ni lah kita nak gandakan pahala....solat terawih yang di tunggu-tunggu..yang menjanjikan seribu satu nikmat yang tak boleh dapat pada bulan ramadan ni.....

Friday, July 22, 2011

biznes kuih raya...


salam...tak lama lagi kita semua umat islam akan berpose..sempena bulan yang mulia ni mesti ramai yang nak berbiznes...aku pun telibat jugak.... bisnes kuih raya..macam tahun-tahun lepas jugak...tahun ni aku buat macam2 jenis kuih...

Apple Mix Fruit...
75 Biji Rm 22.00
Royal Oat
60 Biji Rm 20
Coklat Berganda Crispy
55 Biji Rm 20

oK semua...kalau ada yang berminat boleh lah order...tempahan akan ditutup pada minggu pertama ramadan..homemade cookies..jadi kena tutup tempahan cepat...takut nnti tak sempat siap...gerenti sedap punya...banyak lagi kuih yang ada:-
1)Biskut manggis 60biji Rm 20
2)Biskut Puteri Salju 60 Biji Rm 20
3)Tart Nenas 50 Biji Rm 20 

untuk tempahan boleh melayari facebook....mimi malisa..selamat mencuba....

Thursday, July 14, 2011

Gambang Waterpark Resort

hai semua...

em bulan jun yang lalu. kat ofis kitaorang ada buat family day kat gambang...yang syok nya kita orang pergi naik sampai 8 buah bas dan 15 buah kereta...memang happening betul jalan raya masa tu...

comey nyer bus macam ni..hehehe....kita orang sampai kat hotel tu kul 2.00 pagi...mata memang ngantuk tapi semangat ramai2 dalam bas tu, tak jadi nak tido...

hotelnya not bad lah...okay cuma tempat ni kan baru...jadi dikelilingi ngan hutan..tapi bila kita orang sampai tu, lift nyaer pulak rosak...aduhai...dah lah penat kan..naik tangga la jawabnya..

pagi2 lagi dah bangun, gi breakfast...pas tu kita gi taman tema air nya...nampak happenning tapi tak banyak sangat permainan macam kat sunway lagoon...tapi okaylah jugak...firstly kita orang ada game sukaneka..macam2 aktiviti dalam air kita buat...


macam kura2 lah kitaorang berenang..sebab tak nak kata pandai..xda lah...cuma terror sikit jer...nasib baik kumpulan aku menang gameshow tu...bila malam lak ada dinner...em masing2 bergaya macam princess and prince...huhu...tapi takde lak pertandingan pakaian tercantik...
em ape2 pun kalau korang nak gi waterpark kat gambang tu kena ajak gi reramai..kalau tak..mesti tak meriah...


Wednesday, June 15, 2011

lawatan sambil Belajar

hari tu kat ofis kitaorang ada buat lawatan sambil belajar..kat daerah manjung ngan cameron highland.
lawatan ni untuk mempratikkan amalan 5S... untuk korang yang dah tahu 5S tu oklah kan...tapi yang tak tahu meh aku nak terang sikit...5S tu sebenaranya dalam bahasa jepun iaitu SEIRI, SEITON,SEISO,SHIKETSU DAN SHITSUKE...em kalau nak di translate dalam bahas melayu nya, SISIH,SUSUN,SAPU,SERAGAM DAN SENTIASA AMAL...

Jom kita tengok macam mana 5S tu dibuat kat tempat yang kita orang lawat tu...



5S ni sebenarnya untuk memastikan keadaan sekeliling tu sentiasa dalam keadaan kemas.. so sekarang ni kat ofis, kita orang ni on the way nak buat amalan 5S....Hope berjaya lah kan...Gud Luck .....

Thursday, May 26, 2011

asam garam 2011

hai...tahun 2011 ni aku rasa begitu banyak cabaran dan dugaan walaupun baru setengah tahun aku melalui nya...

berita yang paling sedih sekali dalam hidup aku tentulah, pemergian yang orang aku sangat sayangi iaitu mama aku...permergianya yang tiba-tiba membuat aku tak dapat terima kenyataan yang aku dah kehilangan mama aku buat selamanya walaupun aku terpaksa redha dengan ketentuan illahi tapi sampai hari ni aku masih lagi merindui mama ku....
sedih..usah cakap lah dah banyak air mata aku mengalir...mengenangkan nasib diri yang tiada lagi tempat mengadu...tempat bermanja..tempat bergurau senda...inilah ujian Allah untuk menguji kekuatan aku...tapi aku insan yang lemah...bila melihat orang lain ada ibu,hati aku pasti akan sebak...aku mendoakan agar ibu ku sentiasa di tempatkan dikalangan orang yang beriman....

hidup ni tak selalu nya indah...bila kita ditimpa musibah, masa tu lah baru kita insaf dan sedar kesilapan diri...

Tuesday, May 24, 2011

Kuching Oh Kuching

Hai Semua,

Jumpa Lagi Di Entry Yang Baru...Weekend Yang Lepas, Aku Ngan Family telah Bertolak Ke Kuching Sarawak...Kita Orang Naik Air Asia, Yelah tambang Murah...Kalau tak, entah bila lah nak pergi menyeberang laut sana...percutian selama 3 hari ni memang sangat happening...bayangkan semuanya ada 11 orang...mahunya tak meriah dengan gelak tawa....

sampai nyer kaki kat negeri sarawak ni, kita terus naik van pelancong untuk pergi tempat menginap...em hotel 3 bintang jer yang kita dah booking..pas jer check in , tak da nak lengah2 kita orang terus pergi jalan kat waterfront....itu destinasi pertama kita masa sampai...dok usha2 lah barangan kat situ tapi lum beli lagi sebab takut ada kat tempat lain yang lebih murah....pas tu, kita orang pergi lak naik bot keliling sungai sarawak yang besar tu....takut memang takut tapi kuatkan jugak hati ni...sebab nanti bila lagi nak merasa naik bot....jalan punya jalan...sampai lupa hari dah lewat malam..kaki dah rasa sakit2...tapi pas tu kami pergi lagi naik bot untuk pergi tempat makan...memang best lah makanan kat situ...kami order mee kolok, laksa sarawak, seafood,pergh memang kenyang dan hilang dahaga...dalam kul 11 baru kami balik ke hotel...

hari kedua, awal pagi kami dah bangun..kat sini waktu nya lebih cepat...pukul 6.30 pagi dah macam pukul 7.00 pagi di semenanjung..dalam pukul 8.00 van pelancong dah jemput kitaorang kat hotel untuk bertolak ke sarikin...kat sini banyak sangat barang2 dari indonesia yang dijual dengan harga murah kalau kita pandai tawarkan harga....kalau kena gaya, confirm kita dapat dengan harga yang kita nak...pas tu kita dibawa ke muzium kuching, tasik biru, muzium islam,pasar satok yang jual macam2 barangan...tapi majoriti kat sini jual barangan harian.pas tu kita di bawa makan di gerai kat kampung boyan...cuba nasi ayam penyet...sedap gak tapi tak habis pun makan sebab perut dah masuk angin...jadi selera dah lari.....

hari ketiga, kita dah kemas2 barang nak balik...tapi pagi tu masih sempat bershopping di waterfront lagi sebab tak puas berjalan hari jumaat...kami meninggalkan seribu kenangan manis kat situ....em nanti kalau ada peluang lagi, kami akan pergi ke sarawak lagi......

Wednesday, May 18, 2011

Aku Glamour Jap

hi....erm tetiba jer entry glamour yang aku nak buat...yelah...aku dijemput untuk menyertai program apa kata wanita....kat tv 1 tu..wah best tu....

program apa kata wanita tu bersiaran di TV1 Setiap hari sabtu jam 12.00 tengahari...masa aku pergi tu, tajuk perbincangan Sempena dengan Hari Ibu yang akan di sambut pada 8 Mei setiap tahun..pengacara tu tak asing lagi, Zamzarina...Rasa teruja dan happy sangat. Masa tu kita orang pergi naik van ofis...yelah ramai,kang bawa kereta sesat pulak...KL ni terkenal dengan jalan jem,kalau tak tahu jalan tu,confirm la...

kitaorang sampai kat angkasapuri kul 11 pagi, sampai jer kat situ,kita orang di jamu dengan nasi beriani..wah masa tu memang tengah lapar,apa lagi...makan la tapi takderlah sampai kenyang, sekadar alas perut yang kosong..sebenarnya malu-malu yelah kat dalam dewan makan tu, orang yang berpangkat2 jer,yang ada nama..so kita kena lah jaga attitude masing2 and nama ofis,nanti kang buat malu jer..

perut pun dah kenyang,kitaorang pun masuk lah studio...perrghhh set pengambaran tu sangat cantik dengan adanya wallpaper gambar2 bunga2an....pas tu kita orang di dendangkan dengan persembahan oleh adik2 OKU dari PDK semenyih...walaupun OKU tapi mempunyai bakat dalam bidang nyanyian...rasa kagum lah jugak,walaupun mempunyai kekurangan diri,tapi masih mempunyai kelebihan..itulah kuasa Tuhan....

sejam bersiaran, pas tu kita orang tak melepaskan peluang untuk snap2 gambar..biasalah kalau dah hantu kamera tu, kat mana2 pun asyik nak bergambar jer...tapi nak upload belum lagi...asyik hang jer...letih nak tunggu. Masa nak balik tu, kita orang dapat goodybag dari RTM untuk dibawa balik sebagai kenang2an.

Okaylah, jumpa lagi di lain entry....

Saturday, April 30, 2011

Cool Di Ice Room

Ice Room...nama jer dah macam glamour kan.. sape yang suka makan ice cream tu, tempat ni lah yang paling best sekali ice creamnya sebab ada banyak jenis ice cream...

sebut jer ice cream ape yang korang nak makan, mesti ader punyer. Kita orang pun tak lepaskan peluang bila ader yang sudi nak belanja makan bila dah hujung bulan ni. al maklumlah, orang keje makan gaji ni...

apa yang ada kat ice room ni? kat sini bukan jer menghidangkan makanan pencuci mulut macam ice cream tapi ada gak western food macam chicken chop, lamb chop, spageti bolognese dan macam-macam lagi.Bila masuk jer kat dalam ni, suasana nyer damai jer, hijau and cool.. cara dekorasi nyer lak macam restoran yang ada kat barat walaupun tak pernah pergi kan.tapi tegok kat tv citer omputeh tu.

kita orang bertiga apa lagi, order tropikal ice cream, chicken chop with b/papper sauce dengan air lime jus...em menyelerakan..nyummy
sambil nak tunggu order sampai, korang boleh membelek2 majalah, boleh nak guna internet sebab kat area sini wireless city so bebas la nak melayari internet...

jom usha-usha gambar yang sempat kita orang snap untuk tatapan umum....

check it out.........











Tuesday, April 19, 2011

student dengan portal

sekarang ni zaman dah canggih kan. bebudak sekolah pun dah terror nak guna internet dengan facebook lah, twitter lah dan macam-macam lagi.

hari tu aku pergilah hari terbuka anak sedara aku yang baru jer darjah 4. kat situ ada cikgu die ni dah siapkan portal untuk student sekolah tu ulang kaji. kiranya nak buat pelancaran. masa zaman aku dulu takder nya nak portal2 ni kan. Dari portal tu, ibu bapa pun boleh pantau anak masing2 sama ada diowang ni buat ulang kaji ke tak. siap ada markah peratus tu. bila login jer, kita boleh pilih soalan tu sama ada nak yang mudah, sederhana dan juga susah berdasarkan kemampuan anak masing-masing..

bila aku tengok laman web tu, bagus jugak sebab boleh bantu die yang lemah dalam pelajaran walaupun anak sedara aku ni xdalah lemah pun, sebab selalu jer dapat no 1 dalam kelas. tapi kekadang kita terfikir jugak, semua ibubapa mampu tak nak beli broadband atau internet ni. tapi tulah kan, nak tak nak kena juga lah kan..sebab anak-anak nak belajar ni semua ibu bapa kena sanggup menghabiskan wang sikit untuk pembelajaran, kalau pandai nanti saper jugak yang bangga. hehehe...

tapi kalau kat sekolah adakan internet percuma untuk student-student ni ulangkaji, sejam sehari pun dah cukup kan, sekurang2nya manfaat jugak portal ni...

so student2 kat SK PUCHONG JAYA2 tu manfaat kan kemudahan yang dah disediakan oleh cikgu-cikgu yang bersusah payah nak bagi anak didik diowang ni bijak dalam matapelajaran dan juga ict ni.

kejayaan tidak datang bergolek, tanpa usaha yang bersungguh-sungguh

Thursday, April 14, 2011

emas oh emas

emas dengan wanita memang tak leh nak dipisahkan. perhiasan yang mesti ada pada semua wanita. tapi sekarang ni harga emas melambung tinggi sehingga mencecah 4ribu keatas untuk satu auns. nampaknya peminat emas terpaksa lah menangguh hasrat nak pakai emas buat koleksi.

tapi kalau nak kahwin, jawabnya takda lah lagi hantaran emas nak bagi sebab dah tak mampu. tapi tu bukan alasan kan.sebabnya cincin sebentuk pun takkan tak mampu.hehe. nampaknya yang bercadang-cadang tu nak kahwin kena beli cepat-cepat kalau tak melopong lah kita.

tapi disebabkan harga emas yang melambung tinggi ni, jangan lak bagi hadiah yang bersalut emas. sekarang kan macam-macam barang disadur dengan emas..kiranya sekarang ni ada seutas emas tu dah kira loaded lah yer.tapi takut lak dengan kes ragut.so hati2 lah bila keluar tu, jangan tunjuk sangat emas kita tu...

Sunday, April 10, 2011

gambar-gambar AKC




                                         ros dan meimei

                                             kakak-kakak dari pelbagai jabatan
                                            nyumy-nyumy.......
                                             pentas yang meriah

ketibaan Menteri Besar N.9



                                         Dewan yang harmoni..



               kumpulan koir

enjoy la yer tengok2 picture ni......

Sunday, April 3, 2011

Anugerah Khidmat Cemerlang

 hai seronok dengar tajuk ni... yelah dah puas bertungkus lumus memberi yang terbaik akhirnya dinobatkan sebagai pekerja cemerlang..sape tak kembang kempis hidung kan orang bagi anugerah.. eh ni bukan aku yer...ni member-member aku yang dah lama berkhidmat. diberi penghargaan.

syoknyer kan..majlisnya esok iaitu 5 April 2011..Tahniah lah pada yang menerima..aku baru jer kerja, takkan lah aku plak yang diberi...tapi kalau nak bagi okay jugak.huhuhu..

besok aku akan upload gambar yang happy2 gitu sepanjang majlis berlansung...pada yang menerima tu boleh la belanja open table kan.....bukan sikit dapat tu.jangan lupa kawan-kawan. Majlis macam ni sebenarnya memberi semangat kepada kawan2 yang lain supaya lebih berusaha dan rajin untuk anugerah tahun depan pulak..orait..nanti takdelah tanggapan orang luar mengatakan kakitangan goment ni tak de kerja..hehehe...

Monday, January 24, 2011

selamat datang ke dunia blog

akhirnya aku dapat gak reka satu blog untuk aku menulis, meluahkan rasa hati dan juga berkongsi rasa dan pendapat dengan rakan-rakan blog yang lain.
hope kamu semua sudi berkongsi cerita dengan blog saya ni..
nama blog ni aku ambil sebab aku ni sangat minat lah warna-warna keungguan ni..wah ayat ayu gitu.

jumpa lagi ....adios