Followers

Thursday, May 26, 2011

asam garam 2011

hai...tahun 2011 ni aku rasa begitu banyak cabaran dan dugaan walaupun baru setengah tahun aku melalui nya...

berita yang paling sedih sekali dalam hidup aku tentulah, pemergian yang orang aku sangat sayangi iaitu mama aku...permergianya yang tiba-tiba membuat aku tak dapat terima kenyataan yang aku dah kehilangan mama aku buat selamanya walaupun aku terpaksa redha dengan ketentuan illahi tapi sampai hari ni aku masih lagi merindui mama ku....
sedih..usah cakap lah dah banyak air mata aku mengalir...mengenangkan nasib diri yang tiada lagi tempat mengadu...tempat bermanja..tempat bergurau senda...inilah ujian Allah untuk menguji kekuatan aku...tapi aku insan yang lemah...bila melihat orang lain ada ibu,hati aku pasti akan sebak...aku mendoakan agar ibu ku sentiasa di tempatkan dikalangan orang yang beriman....

hidup ni tak selalu nya indah...bila kita ditimpa musibah, masa tu lah baru kita insaf dan sedar kesilapan diri...

Tuesday, May 24, 2011

Kuching Oh Kuching

Hai Semua,

Jumpa Lagi Di Entry Yang Baru...Weekend Yang Lepas, Aku Ngan Family telah Bertolak Ke Kuching Sarawak...Kita Orang Naik Air Asia, Yelah tambang Murah...Kalau tak, entah bila lah nak pergi menyeberang laut sana...percutian selama 3 hari ni memang sangat happening...bayangkan semuanya ada 11 orang...mahunya tak meriah dengan gelak tawa....

sampai nyer kaki kat negeri sarawak ni, kita terus naik van pelancong untuk pergi tempat menginap...em hotel 3 bintang jer yang kita dah booking..pas jer check in , tak da nak lengah2 kita orang terus pergi jalan kat waterfront....itu destinasi pertama kita masa sampai...dok usha2 lah barangan kat situ tapi lum beli lagi sebab takut ada kat tempat lain yang lebih murah....pas tu, kita orang pergi lak naik bot keliling sungai sarawak yang besar tu....takut memang takut tapi kuatkan jugak hati ni...sebab nanti bila lagi nak merasa naik bot....jalan punya jalan...sampai lupa hari dah lewat malam..kaki dah rasa sakit2...tapi pas tu kami pergi lagi naik bot untuk pergi tempat makan...memang best lah makanan kat situ...kami order mee kolok, laksa sarawak, seafood,pergh memang kenyang dan hilang dahaga...dalam kul 11 baru kami balik ke hotel...

hari kedua, awal pagi kami dah bangun..kat sini waktu nya lebih cepat...pukul 6.30 pagi dah macam pukul 7.00 pagi di semenanjung..dalam pukul 8.00 van pelancong dah jemput kitaorang kat hotel untuk bertolak ke sarikin...kat sini banyak sangat barang2 dari indonesia yang dijual dengan harga murah kalau kita pandai tawarkan harga....kalau kena gaya, confirm kita dapat dengan harga yang kita nak...pas tu kita dibawa ke muzium kuching, tasik biru, muzium islam,pasar satok yang jual macam2 barangan...tapi majoriti kat sini jual barangan harian.pas tu kita di bawa makan di gerai kat kampung boyan...cuba nasi ayam penyet...sedap gak tapi tak habis pun makan sebab perut dah masuk angin...jadi selera dah lari.....

hari ketiga, kita dah kemas2 barang nak balik...tapi pagi tu masih sempat bershopping di waterfront lagi sebab tak puas berjalan hari jumaat...kami meninggalkan seribu kenangan manis kat situ....em nanti kalau ada peluang lagi, kami akan pergi ke sarawak lagi......

Wednesday, May 18, 2011

Aku Glamour Jap

hi....erm tetiba jer entry glamour yang aku nak buat...yelah...aku dijemput untuk menyertai program apa kata wanita....kat tv 1 tu..wah best tu....

program apa kata wanita tu bersiaran di TV1 Setiap hari sabtu jam 12.00 tengahari...masa aku pergi tu, tajuk perbincangan Sempena dengan Hari Ibu yang akan di sambut pada 8 Mei setiap tahun..pengacara tu tak asing lagi, Zamzarina...Rasa teruja dan happy sangat. Masa tu kita orang pergi naik van ofis...yelah ramai,kang bawa kereta sesat pulak...KL ni terkenal dengan jalan jem,kalau tak tahu jalan tu,confirm la...

kitaorang sampai kat angkasapuri kul 11 pagi, sampai jer kat situ,kita orang di jamu dengan nasi beriani..wah masa tu memang tengah lapar,apa lagi...makan la tapi takderlah sampai kenyang, sekadar alas perut yang kosong..sebenarnya malu-malu yelah kat dalam dewan makan tu, orang yang berpangkat2 jer,yang ada nama..so kita kena lah jaga attitude masing2 and nama ofis,nanti kang buat malu jer..

perut pun dah kenyang,kitaorang pun masuk lah studio...perrghhh set pengambaran tu sangat cantik dengan adanya wallpaper gambar2 bunga2an....pas tu kita orang di dendangkan dengan persembahan oleh adik2 OKU dari PDK semenyih...walaupun OKU tapi mempunyai bakat dalam bidang nyanyian...rasa kagum lah jugak,walaupun mempunyai kekurangan diri,tapi masih mempunyai kelebihan..itulah kuasa Tuhan....

sejam bersiaran, pas tu kita orang tak melepaskan peluang untuk snap2 gambar..biasalah kalau dah hantu kamera tu, kat mana2 pun asyik nak bergambar jer...tapi nak upload belum lagi...asyik hang jer...letih nak tunggu. Masa nak balik tu, kita orang dapat goodybag dari RTM untuk dibawa balik sebagai kenang2an.

Okaylah, jumpa lagi di lain entry....