Followers

Thursday, August 25, 2011

raya bakal menjelma

tak lama lagi...umat islam nak sambut hari raya aidilfitri.....

mesti meriah nyer kan...yelah...kat ofis pun dah macam2 lagu kedengaran....suasana dengan mood raya pun dah wujud kat ofis....erm.....kat ofis ni pun dah sibuk dengan kuih raya, ketupat warna warni..lampu kelip2....meriah sangat...pada semua yang kenal..jemput datang kat umah....

so pada blogger2 ....selamat hari raya aidilfitri ....maaf zahir dan batin................

Sunday, August 7, 2011

birthday gurl.....

Hari ni birthday aku yang ke 27 tahun...maka dah semakin dewasa dan matang dalam melalui liku-liku kehidupan. walaupun tahun ni aku menyambutnya tanpa ibu tersayang di sisi..aku redha...sempena bulan ramadhan yang mulia ni...aku berdoa agar tahun ni memberi kan aku semangat untuk menempuh hari hari yang mendatang... biasanya ibu yang akan sediakan kek, jamuan...tapi tahun ni....semua nya kenangan...hanya memori yang terindah tersemat di dalam hati.....
semoga ibu ditempatkan dikalangan orang yang beriman....amin....

tahun ni..birthday aku dalam bulan puasa..bulan yang penuh dengan keberkatan...semoga aku juga mendapat keberkatan dalam segala hal yang aku buat dan di redhai....aku nyer impian...mestilah nak hidup bahagia dengan orang disekeliling, takda musuh, tak nak ada dendam...

amin....wish me the best...


Monday, August 1, 2011

bulan mulia kembali lagi

selamat menyambut bulan ramadan al-mubarak....sekejap jer dah ramadan..terasa baru jer kita menyambut nya..dah datang lagi ramadan....adakah ini dikatakan petanda2 nak kiamat....semoga ramadan ini memberi seribu makna..membantu kita menambahkan ilmu..amal....dan ibadat...sebab masa ni lah kita nak gandakan pahala....solat terawih yang di tunggu-tunggu..yang menjanjikan seribu satu nikmat yang tak boleh dapat pada bulan ramadan ni.....

Friday, July 22, 2011

biznes kuih raya...


salam...tak lama lagi kita semua umat islam akan berpose..sempena bulan yang mulia ni mesti ramai yang nak berbiznes...aku pun telibat jugak.... bisnes kuih raya..macam tahun-tahun lepas jugak...tahun ni aku buat macam2 jenis kuih...

Apple Mix Fruit...
75 Biji Rm 22.00
Royal Oat
60 Biji Rm 20
Coklat Berganda Crispy
55 Biji Rm 20

oK semua...kalau ada yang berminat boleh lah order...tempahan akan ditutup pada minggu pertama ramadan..homemade cookies..jadi kena tutup tempahan cepat...takut nnti tak sempat siap...gerenti sedap punya...banyak lagi kuih yang ada:-
1)Biskut manggis 60biji Rm 20
2)Biskut Puteri Salju 60 Biji Rm 20
3)Tart Nenas 50 Biji Rm 20 

untuk tempahan boleh melayari facebook....mimi malisa..selamat mencuba....

Thursday, July 14, 2011

Gambang Waterpark Resort

hai semua...

em bulan jun yang lalu. kat ofis kitaorang ada buat family day kat gambang...yang syok nya kita orang pergi naik sampai 8 buah bas dan 15 buah kereta...memang happening betul jalan raya masa tu...

comey nyer bus macam ni..hehehe....kita orang sampai kat hotel tu kul 2.00 pagi...mata memang ngantuk tapi semangat ramai2 dalam bas tu, tak jadi nak tido...

hotelnya not bad lah...okay cuma tempat ni kan baru...jadi dikelilingi ngan hutan..tapi bila kita orang sampai tu, lift nyaer pulak rosak...aduhai...dah lah penat kan..naik tangga la jawabnya..

pagi2 lagi dah bangun, gi breakfast...pas tu kita gi taman tema air nya...nampak happenning tapi tak banyak sangat permainan macam kat sunway lagoon...tapi okaylah jugak...firstly kita orang ada game sukaneka..macam2 aktiviti dalam air kita buat...


macam kura2 lah kitaorang berenang..sebab tak nak kata pandai..xda lah...cuma terror sikit jer...nasib baik kumpulan aku menang gameshow tu...bila malam lak ada dinner...em masing2 bergaya macam princess and prince...huhu...tapi takde lak pertandingan pakaian tercantik...
em ape2 pun kalau korang nak gi waterpark kat gambang tu kena ajak gi reramai..kalau tak..mesti tak meriah...


Wednesday, June 15, 2011

lawatan sambil Belajar

hari tu kat ofis kitaorang ada buat lawatan sambil belajar..kat daerah manjung ngan cameron highland.
lawatan ni untuk mempratikkan amalan 5S... untuk korang yang dah tahu 5S tu oklah kan...tapi yang tak tahu meh aku nak terang sikit...5S tu sebenaranya dalam bahasa jepun iaitu SEIRI, SEITON,SEISO,SHIKETSU DAN SHITSUKE...em kalau nak di translate dalam bahas melayu nya, SISIH,SUSUN,SAPU,SERAGAM DAN SENTIASA AMAL...

Jom kita tengok macam mana 5S tu dibuat kat tempat yang kita orang lawat tu...



5S ni sebenarnya untuk memastikan keadaan sekeliling tu sentiasa dalam keadaan kemas.. so sekarang ni kat ofis, kita orang ni on the way nak buat amalan 5S....Hope berjaya lah kan...Gud Luck .....

Thursday, May 26, 2011

asam garam 2011

hai...tahun 2011 ni aku rasa begitu banyak cabaran dan dugaan walaupun baru setengah tahun aku melalui nya...

berita yang paling sedih sekali dalam hidup aku tentulah, pemergian yang orang aku sangat sayangi iaitu mama aku...permergianya yang tiba-tiba membuat aku tak dapat terima kenyataan yang aku dah kehilangan mama aku buat selamanya walaupun aku terpaksa redha dengan ketentuan illahi tapi sampai hari ni aku masih lagi merindui mama ku....
sedih..usah cakap lah dah banyak air mata aku mengalir...mengenangkan nasib diri yang tiada lagi tempat mengadu...tempat bermanja..tempat bergurau senda...inilah ujian Allah untuk menguji kekuatan aku...tapi aku insan yang lemah...bila melihat orang lain ada ibu,hati aku pasti akan sebak...aku mendoakan agar ibu ku sentiasa di tempatkan dikalangan orang yang beriman....

hidup ni tak selalu nya indah...bila kita ditimpa musibah, masa tu lah baru kita insaf dan sedar kesilapan diri...